SOALAN LAZIM | RESERVE OFFICER TRAINING UNIT (ROTU)
» SOALAN LAZIM » SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Soalan Lazim

1.Q:Apakah kelayakan untuk menyertai PALAPES

   A:1-Sihat tubuh badan

      2-Tidak rabun warna

      3-Tekanan darah stabil

2.Q:Apakah kriteria pegawai kadet?

   A:1-ketinggian melebihi 157.8CM

      2-berat badan melebihi 47.6 KG

      3-BMI antara 20.0-26.9

3.Q:Apakah kriteria pegawai kadet wanita?

   A:1-ketinggian melebihi 152.40 CM

      2-berat badan melebihi 44.45 kg

      3-BMI antara 20.0-26.9

4.Q:Apakah keistimewaan menjalani PALAPES?

   A:1-berpeluang menjalani aktiviti lasak dan mencabar

      2-berpeluang mempelajari dan mengendalikan pelbagai jenis senjata yang terdapat di dalam silibus Pegawai Kadet PALAPES

      3-Berpeluang melawat institusi Latihan Ketenteraan seperti Puast Latihan dan Tempur Tentera Darat(PULADA),Pusat Latihan Risik (PULARIS),Pusat Latihan Armor (PULAMOR),

         Pusat Latihan Artileri (PUSARTI),Institusi Komunikasi Tentera Darat (IKED),Pengkalan Tentera Laut,Pengkalan tentera Udara dan sebagainya.

      4-Berpeluang menyertai Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES yang diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir di IPTA seluruh Malaysia.

      5-Pengurniaan Watikah Tauliah sebagai Laftenan Muda ke dalam Rejimen Askar Wataniah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

5.Q:Bagaimanakah konsep latihan yang dijalankan untuk PALAPES?

   A:1-Latihan PALAPES dijalankan selama 3 tahun.Tahun pertama adalah peringkat junior.tahun kedua adalah peringkat intermediate dan tahun ketiga adalah senior.

      2-Pada dasarnya jenis latihan yang dijalankan adalah mirip kepada latihan angkatan tetap ATM sebagaimana yang dilaksanakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) dan Kolej Tentera Darat (KTD)

      3-Jenis-jenis latihan yang dilaksanakan di PALAPES adalah

      Latihan Tempatan:240 jam setahun
      Latihan Lanjutan:14 hari setahun
      Latihan Kem Tahunan:15 hari setahun
      Latihan Pentauliahan:14 hari setahun(Pegawai Kadet Senior sahaja)

6.Q:Apakah imbuhan penyertaan dalam PALAPES?

   A:Para pelajar yang menyertai Kadet PALAPES akan:

      1-Ditauliahkan sebagai Laftenan Muda dalam Rejimen Askar Wataniah setelah lulus semua peringkat latihan.

      2-mendapat sajian percuma sepanjang tahun.

      3-mendapat elaun seperti berikut:-

           I. Latihan Tempatan :RM 6.00 sejam x 240 jam =RM 1440.00 setahun.
          II. Latihan Berterusan:RM27.71 sehari x 15 hari =RM 387.94 setahun
         III. Latihan Khemah Tahunan:RM27.71 sehari x 15 hari =RM 415.65 setahun.
         IV. Bounty:RM520.00 
          V. Latihan Pentauliahan:RM27.71 sehari x 14 hari =RM387.00 setahun.
         VI. Elaun Pakaian Istiadat:RM 1500
        VII. Elaun Senggaraan Pakaian :RM400

7.Q:Apakah objektif penubuhan PALAPES?

   A:1. Melahirkan Pegawai Sukarela yang boleh memimpin dan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan

      2. Melatih pelajar –pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja.

      3. Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan university yang mempunyai kelayakan akdemik yang tinggi untuk berkhidmat dalam angkatan tetap dan simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

      4. Melahirkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan untuk keperluan ketahanan nasional sejajar dengan konsep Pertahanan Menyeluruh( HANRUH)

      5. Menanam semangat integrasi nasional diantara pelbagai etnik dan masyarakat

      6. Menyediakan bakal pemimpin Negara yang berilmu ,berkeyakinan dan patriotic.

Updated:: 17/05/2022 [masran]

MEDIA SHARING

SEE ALSO
WXEYNAg~